Sunday, October 16, 2016

FPI Bongkar Cara Media Memitnah Demo Umat Islam - Bukan Nusron

Tags


Demonstrasi besar-besaran yang diikuti ratusan ribu umat Islam di Jakarta dalam rangka menuntut Ahok diadili, Jumat (14/10/2016) lalu, minim pemberitaan. Justeru selepas aksi itu selesai, berita yang muncul di sejumlah media arus perdana adalah taman rosak akibat dipijak peserta demo.

Di antara berita itu adalah yang berjudul "Sedihnya Tukang Taman, Demo Ormas Islam Kok Perhatian Taman." Ada pula media yang memberi judul "Taman Perhatian, Tanaman Mati Terinjak Massa Demo Tangkap Ahok."

Sebagai tindak balas kepada berita-berita itu, Front Pembela Islam (FPI) tidak terkejut. FPI sudah tahu pasti akan ada berita negatif yang muncul. Kerana itu, pada saat demo berlangsung, ormas pimpinan Habib Rizieq itu mengawasi aktiviti-aktiviti aneh yang cuba menunggang demo umat Islam tersebut.